Ini Blog Gua ! Lily Che JasLiey: 2015

Isnin, 9 Mac 2015

Bincangkan keprihatinan Malaysia Ke Arah Alam Sekitar

Pengenalan




Alam sekitar merupakan tempat tinggal hidupan bagi manusia dan haiwan.Manusia dan haiwan memainkan peranan penting dalam menentukan keseimbangan alam sekitar . Seiring dengan berkembangnya teknologi,perkembangan sektor perindustrian dan pembangunan yang dirancang dan tidak dirancang telah memberi kesan kepada alam sekitar .

Isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan,difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa.
Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini .

Kesan kepada alam sekitar akibat perbuatan manusia begitu besar dan kini kita telah dapat merasai perubahan tersebut . Hal ini dapat dilihat dengan berlakunya bencana alam yang begitu berleluasa seperti tsunami,kemarau,banjir besar,gempa bumi,tanah runtuh,banjir lumpur,banjir kilat dan sebagainya . Bencana alam ini telah berlaku diseluruh dunia . 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

PENGENALAN KEPADA PENCEMARAN

Pencemaran         
Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.



Bentuk pencemaran
Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi
  • Pencemaran udara, iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida,klorofluorokarbon,nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.
  • Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutropikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.
  • Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.
  • Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
  • Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB.
  • Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar.
  • Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.
  • Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan.
Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Faktor Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar Di Malaysia

Akta  Kualiti  Alam  Sekeliling  1974  mengandungi  peruntukan  yang  bertujuan mencegah,  menghapus,  mengawal  pencemaran  serta  memperbaiki  kualiti  alam  sekeliling dan  dari  aspek  yang  sering  dikaitkan  dengan  alam  sekitar  iaitu  pencemaran  yang membawa  kepada  maksud  apa-apa  perubahan  secara  langsung  dan  tidak  langsung  terhadap sifat-sifat  fizikal,  haba  dan  kimia  termasuk  kesan  biologikal  terhadap  alam  sekeliling  yang meliputi  pencemaran  air,  udara,  bunyi,  tanah  dan  laut  dan  untuk masalah  ini,  pelbagai  punca  telah  dapat  dikenal  pasti  yang  menyumbang  kepada  pencemaran  alam  sekitar.

            Antara  punca  yang  telah  dapat  dikenal  pasti  yang  membawa  kepada  masalah   pencemaran  alam  sekitar  ini  ialah  masalah  sikap  individu  dan  organisasi  yang  tidak bertanggungjawab.  Hal  ini  jelas  kerana  tiada  kesedaran  sivik  dalam  diri  mereka  untuk menjaga  alam  sekitar  kerana  bagi  sesetengah  individu,  mereka  akan  sewenang-wenangnya membuang  sampah  merata-rata  tanpa  menghiraukan  keadaan  persekitaran  dan  mungkin mereka  merasakan  itu  adalah  perkara  remeh  apabila  mencampakkan  secebis  tisu  atau  sisa makanan  di  tepi  jalan.  Walhal,  jika  direnungkan  andai  ada  seratus  orang  pengguna  yang bersikap  sedemikian  sudah  semestinya  jalan  raya  akan  menjadi  kotor  dan  dipenuhi  dengan sampah-sarap.  Manakala  untuk  organisasi  seperti  kilang  yang  menjalankan  operasi pengeluaran  yang  melibatkan  sisa  toksik  dalam  penghasilan  keluaran  mereka,  pada  kebiasaannya  kilang  itu  akan  mengambil  langkah  mudah  apabila  membuang  sisa  toksik tersebut  terus  ke  dalam  laut  dan  sungai  jika  kilang  itu  didirikan  berdekatan  dengan kawasan  tersebut.  Ini  akan  mengakibatkan  pencemaran  air  dan  kilang  yang  melepaskan asap  tanpa  pemasangan  alat  penapis  udara  akan  menyebabkan  terjadinya  pencemaran udara.  Hal  ini  berikutan  sikap  individu  dan  pemilik  kilang  yang  tidak  bertanggungjawab dan  peka  pada  persekitaran  sekeliling  hasil  dari  pencemaran  alam  sekitar  yang  mereka cipta  sendiri.

            Selain  itu,  antara  punca  lain  ialah  pembangunan  secara  tidak  sistematik.  Apabila pihak  kerajaan  atau  pihak  swasta  merancang  untuk  membangunkan  sesuatu  kawasan, mereka  seharusnya  memikirkan  secara  terperinci  kesan-kesan  negatif  yang  akan  timbul terutama  yang  melibatkan  alam  sekitar  dan  bukan  tertumpu  kepada  kebaikan  dan keuntungan  pembangunan  semata-mata  kerana  akibat  dari  pembangunan  yang  akan dijalankan  boleh  menyebabkan  berlakunya  pencemaran  air,  udara,  tanah  dan  bunyi  yang akan  dihasilkan.  Mungkin  disebabkan  penggunaan  jentera  yang  terlalu  banyak  akan menghasilkan  pencemaran  bunyi  dan  pencemaran  udara  jika  jentera-jentera  berteknologi tinggi  tersebut  mengeluarkan  asap  yang  berlebihan.  Akibat  daripada  projek-projek pembangunan  itu,  ia  juga  boleh  terjadinya  pencemaran  air  terutama  pada  waktu  hujan  jika tanah  lapang  yang  telah  dibersihkan  untuk  projek  pembangunan  itu  iaitu  tanah  merah mengalir  terus  ke  dalam  sungai  atau  laut  yang  berdekatan . Hal  ini  boleh  menjejaskan tahap  kebersihan  kualiti  air  dan  boleh  mengancam  kehidupan  ekosistem  dalam  air  yang seterusnya  membawa  kepada  pencemaran  alam  sekitar. 

Di  samping  itu,  penggunaan  kenderaan  bermotor  seperti  kereta,  motosikal,  lori  dan kapal  terbang  juga  merupakan  salah  satu  dari  penyumbang  kepada  berlakunya  pencemaran alam  sekitar  seperti  pencemaran  udara  dan  pencemaran  bunyi.  Hal  ini  kerana  setiap  kenderaan akan  melepaskan  asap  kenderaan  yang  mengandungi  gas  yang  berbahaya.  Hal  ini  jika peningkatan  taraf  hidup  masyarakat  terus  meningkat  pada  zaman  sekarang  maka  tahap pencemaran  juga  akan  turut  meningkat  berikutan  semakin  bertambah  jumlah  penggunaan bilangan  pengguna  jalan  raya  yang  selesa  menggunakan  kenderaan  mereka  sendiri  untuk bergerak  ke  destinasi  yang  ingin  dituju  berbanding  beramai-ramai  menggunakan  kenderaan  awam  yang  semestinya  dapat  mengurangkan  bilangan  kenderaan  di  jalan  raya. Hal  ini  akan  menyebabkan  pencemaran  udara  dan  seterusnya  menjejaskan  sistem  pernafasan  dan  daya  penglihatan  manusia  serta  pencemaran  bunyi  yang  terhasil  oleh  kapal  terbang  yang  berlepas  atau  mendarat  terutama  dikawasan  perumahan  yang berhampiran  dengan  lapangan  terbang   boleh  menjejaskan  daya pendengaran  manusia.  Hal  ini  jelas  menerangkan  bahawa  penggunaan  kenderaan  bermotor  juga  menjadi  salah  satu  punca  berlakunya  pencemaran  alam  sekitar. 

            Antara  punca  lain  penyebab  berlakunya  pencemaran  alam  sekitar  ialah  pembakaran  secara  terbuka.  Hal  ini  jelas  dapat  dilihat  berikutan  pembakaran  pokok-pokok  tua  di  kawasan  ladang  dan  hutan  untuk  tujuan  penanaman  semula.  Jika  dilihat  dari  satu  sudut,  penanaman semula  sememangnya  sangat  baik  tetapi  akibat  daripada  pembakaran  secara  terbuka  yang  dilakukan  oleh  sesetengah  pihak  sebenarnya  boleh  menyebabkan  berlakunya  pencemaran  udara.  Di  samping  turut  memusnahkan  kehidupan  flora  dan  fauna  disekitarnya.  Disebabkan  pembakaran  secara  terbuka  ini  jugalah  suhu  bumi  menjadi  semakin  meningkat  dan  keadaan  cuaca  di  bumi  semakin  panas.  Inilah  sebenarnya  akibat  daripada  pembakaran  secara  terbuka  yang  dijalankan  yang  akhirnya  membawa  kepada  pencemaran  alam  sekitar  serta  sekali  gus   turut  menjejaskan  kehidupan  dan  kesihatan  manusia.

            Tambahan  pula,  kurangnya  peranan  yang  dimainkan  oleh  pihak  kerajaan  juga  menjadi  salah  satu  punca  terus  berlakunya  pencemaran  alam  sekitar  pada  masa  ini.  Pihak  kerajaan  seharusnya  membuka  mata  dan  lebih  peka  terhadap  pembangunan  yang  dijalankan  oleh  semua  pihak  dengan  mengambil  kira  masalah  pencemaran  yang  bakal  terjadi  dari  setiap  projek  pembangunan  tersebut  dan  bukan  hanya  melihat  kepada  peningkatan  taraf  hidup  masyarakat  sahaja.  Perkara  ini  sangat  penting  untuk  membantu  mengurangkan  pencemaran  udara,  air,  tanah  dan  bunyi,   hasil  daripada  pembangunan  pesat  yang  giat  dijalankan  dan  tingkah  laku  sesetengah  organisasi  dan  masyarakat  yang  kurang  kesedaran  sivik.  Oleh  disebabkan  kerajaan  kurang  memainkan  peranan  dalam  menilai  aspek-aspek  inilah  yang  menyebabkan  masalah  pencemaran  berada  ditahap  yang  semakin  membimbangkan  pada  masa  kini.

            Kesimpulannya,  punca-punca  pencemaran  yang  telah  dikenal  pasti  ini  harus  diambil langkah  serius  oleh  semua  pihak  dan  organisasi  untuk  mengurangkan  masalah  pencemaran alam  sekitar  baik  daripada  pencemaran  air,  udara,  tanah  dan  bunyi.  Ia  penting  demi  memastikan  kehidupan  dibumi  ini  terjamin  dan  terhindar  dari  masalah  pencemaran  yang  semestinya  membahayakan  dan  mengancam  kesihatan  serta  kehidupan  flora  dan  fauna  untuk  generasi  akan  datang  yang  lebih  baik  dan  sihat  serta  bebas  dari  pencemaran  alam  sekitar.      

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Jabatan Yang Memainkan Peranan Penting


Jabatan Perhutanan  

Merupakan salah satu badan mengawal dan melindungi alam sekitar.
1.Menyelia kegiatan membalak
2.Menyelia penubuhan dan perjalanan industri berasaskan kayu.
3.Mengutip / memungut hasil hutan.
4.Menguatkuasakan undang-undang dan kaedah-kaedah hutan
5.Melaksanakan projek - pengurusan dan pembangunan sumber hutan serta pemulihan dan pemeliharaannya dan menjalankan tugas-tugas pentadbiran hutan.

Jabatan pengairan dan saliran

Pengairan dan saliran pertanian

Membangun mengendali dan menyelenggara kemudahan pengairan saliran dan tebatan banjir serta menjalankan kerja pemeliharaan sungai bagi mendokong pembangunan dan kemajuan sektor pekebun-pekebun dan petani-petani kecil.


Saliran dan tebatan banjir



Mengkaji merancang dan melaksankan kerja-kerja tebatan banjir di kawasan bandar bagi mengurangkan kejiadian banjir berlaku di negeri ini bagi menjamin kesejahteraan hidup penduduk dan mengurangkan kerosakan harta benda.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar Di Malaysia

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau,udara dan air seperti 
sungai dan laut.Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak 
bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai,penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi.Alam sekitar seharusnya dijaga kerana 
alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut : 

1. Menghijaukan kawasan

  • Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.


2. Penggunaan petrol tanpa plumbum

  • Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.


3. Program kitar semula

  • Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.


4. Kempen

  • Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.


5. Catalytic converter

  • Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.


6. Tindakan Undang-undang

  • Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam. 


7. Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar

  • Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kesimpulan


Kesimpulannya , Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar. Oleh itu , kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting . Kita semua hidup dalam satu bumi dan langgit yang sama , kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti , bersih , segar dan cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen