Alam sekitar merupakan tempat tinggal hidupan bagi manusia dan haiwan.Manusia dan haiwan memainkan peranan penting dalam menentukan keseimbangan alam sekitar . Seiring dengan berkembangnya teknologi,perkembangan sektor perindustrian dan pembangunan yang dirancang dan tidak dirancang telah memberi kesan kepada alam sekitar .
Isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan,difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa.
Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini .
Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini .
Kesan kepada alam sekitar akibat perbuatan manusia begitu besar dan kini kita telah dapat merasai perubahan tersebut . Hal ini dapat dilihat dengan berlakunya bencana alam yang begitu berleluasa seperti tsunami,kemarau,banjir besar,gempa bumi,tanah runtuh,banjir lumpur,banjir kilat dan sebagainya . Bencana alam ini telah berlaku diseluruh dunia .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan